Sang Semut & Gajah bersahabat baik ( kopi kaw2 punya baik..ala2 BFF gitu). Dipendekkan cerita... suatu hari, tanpa disangka2 Gajah telah meninggal dunia. Maka teramat sedihlah si Semut. Tetapi apa yang peliknya, kesedihan si Semut ni terlampau2( even ada saudara kita meninggal pun xsesedih semut) , dia menangis & meraung2 tak henti2. Maka, keadaan ini menyebabkan haiwan2 lain tersangat2lah hairan. Diberi makan, minum & tidur pun dia tak mahu. Jadi akhirnya seekor Beruang bertanya kepada Semut.
" Hei Semut, kenapa kau menangis tak henti2? kenapa kau terlalu bersedih?", tanya si Beruang.
Lalu Semut menjawab," Macam mana lah aku tak sedih beruang, kematian Gajah ni membuat aku susah hati & pening. Aku terfikirkan...macam manalah aku nak gali kan kubur untuk gajah ni".
Cerita 2 : Sang Kura2 yang very derrr ....^_^
Pada suatu hari Raja Hutan memanggil semua binatang menghadap. Lalu dikeluarkan satu perintah iaitu SEMUA BINATANG harus membuat lawak yang MEWAJIBKAN semua binatang yang ada disitu... KETAWA. (dats mean, semua MESTI/HARUS KETAWA) dan JIKA salah seekor pun binatang TIDAK KETAWA, maka binatang yg dipilih itu akan DIBUNUH....
Binatang pertama yang dipilih untuk membuat lawak adalah MONYET. Maka dengan pelbagai aksi & cerita yang disampai kan oleh monyet membuat kan semua binatang yang ada ketawa...TETAPI....setelah dipantau2 hanya seekor binatang saja yang tidak ketawa...iaitu si KURA-KURA. Lalu monyet pun dibunuh.
Kemudiannya, dipanggil HARIMAU untuk beraksi. Seperti keadaan Monyet juga, semua binatang lain ketawa KECUALI si Kura-kura jugalah yang tidak ketawa. Lalu Harimau pun dibunuh. Maka binatang2 lain berasa sakit hati & marah dengan Kura-Kura kerana dia sangat mementingkan diri sehingga Monyet & Harimau mati dibunuh.
Akhirnya, dipanggil Gajah pula untuk beraksi. Dengan keadaan yang takut si Gajah tampil kehadapan, dan apabila saja Gajah berada dihadapan, dengan tiba2 Kura-kura yang tadinya diam, ketawa terbahak2 sehinggakan berguling2 di atas tanah. Lalu marahlah gajah," Hei kura-kura, kenapa engkau ketawa sedangkan aku belum beraksi lagi, sepatah kata pun aku belum keluarkan?". Dengan keadaan yang masih ketawa kura-kura menjawab," Mesti lah aku ketawa...tak kah lucu lawak yang disampaikan MONYET tadi".
Setelah mendengar kura-kura itu, semua binatang yang ada ketawa dengan keadaan kura-kura yang very derrrrr lembab tuh!!!! maka Gajah pun terselamatlah dari hukuman bunuh.
* Hahahaha....Funny x?!